<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6377334?origin\x3dhttps://kagome-chan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Music
Tuesday, November 09, 2004 ' 8:51 PM Y
& your soul is all i ever wanted
SPM BM Question 1

Q1 - Golongan remaja merupakan aset terpenting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang akan memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman.
Sebagai seorang remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut.

Dunia melangkah masuk ke era Teknologi Maklumat, dan negara Malaysia bersama negara-negara membangun yang lain mengejar arus gelombang globalisasi yang pesat supaya tidak ketinggalan dalam lumba mencapai kemajuan. Tahun ini, 47 tahun kemerdekaan diraikan, negara kita telah banyak mengalami perubahan sejak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka sehingga hari ini. Kami telah mengharungi zaman penjajahan oleh Portugis, Belanda, Britain dan Jepun; menghadapi ancaman komunis semasa darurat, dan dengan usaha pemimpin yang berwibawa, kedaulatan negara telah kami pertahankan. Setiap generasi pemimpin negara akan digantikan dengan pelapis dari generasi berikutnya, dan pada abad ke-21 ini, kami, golongan remaja merupakan pelapis tersebut. Sememangnya, golongan remaja merupakan aset negara, dan setiap remaja mempunyai peranan sendiri yang harus dimainkan.

Saya, seorang remaja bakal menerajui pemerintahan negara, saya menjadi tenaga yang akan memajukan negara, dan saya yang akan mempunyai tanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman. Oleh itu, saya perlu memainkan peranan saya dengan bersungguh-sungguh agar mencapai ketiga-tiga hasrat di atas. Dalam aspek pemerintahan negara, ....this is the part I didn't manage to copy

.......(3rd paragraph)... Setiap remaja perlu menyahut cabaran negara membentuk k-masyarakat agar dapat menjayakan salah satu daripada cabaran Wawasan 2020, iaitu membentuk masyarakat saintifik dan liberal. Saya tidak boleh dikecualikan.

paragraph 4 - didn't copy at all

Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk membentuk masyarakat progresif dengan acuan kita sendiri. Masyarakat yang maju tidak bergantung kepada kemajuan fizikal sahaja, tetapi juga kemajuan intelek dan kebudayaan. Oleh itu, saya berperanan menjadi seorang ahli masyarakat yang baik, iaitu seorang individu yang berbudi pekerti mulia, penyayang, baik hati dan bersopan-santun. Namun demikian saya hanyalah seorang daripada golongan yang membentuk 42 peratus jumlah penduduk Malaysia, adakah saya mampu memainkan peranan ini seorang diri? Jawapannya tidak. Justeru, peranan terakhir yang perlu saya mainkan adalah untuk memberi sokongan kepada para remaja yang saya kenali. Selain memberi sokongan kepada rakan sebaya, agar mampu memajukan diri, saya juga perlu membantu mereka yang tejebak ke lumrah gejalaj sosial. Melalui khidmat kemasyarakatan, saya dapat membentuk sahsiah diri menjadi seorang remaja yang akan mengecapi kejayaan pada masa kini, dan pada masa yang akan datang. Saya berharap usaha saya membantu rakan seperjuangan dapat melahirkan generasi muda yang dikagumi dan disanjungi oleh negara-negara lain.

Perjalanan saya masih jauh, hanya 16 tahun saya mengharungi lumrah-lumrah kehidupan. Saya masih membuat persiapan untuk hari di mana tanggungjawab negara akan dipikul pada bahu-bahu remaja hari ini. Namun, pada masa yang sama, saya sudahpun berupaya memainkan peranan untuk mengekalkan kedaulatan negara. Bukankah saya seorang remaja sahaja? Seorang insan yang belum lagi mampu menanggung beban yang begitu besar? Apabila dihadapi dengan persoalan-persoalan sebegini, saya teringat kata-kata Presiden Boekarno, yang berbunyi, "Berilah aku seratus orang remaja, nescaya aku mampu menggoncangkan dunia ini. "








Cest MoiY
Xtine
Loves
Music

'I dreamt that I was composing a symphony....I had gone to my table to begin writing it down when I suddenly reflected: "If I write this part I shall let myself be carried on to write the rest. The natural tendency of my mind to expand the material is sure to make it very long...When the symphony is finished I shall be weak enough to allow my copyist to copy it out, and thus immediately incur a debt of 1,000 or 1,200 francs. Once the parts are copied I shall be harassed by the temptation to have the work performed; I shall give a concert in which, as is sure to be the case in these days, the receipts will barely cover half the expenses; I shall lose what I have not got; I shall want the necessaries of life for my poor invalid, and shall have no money for either myself or for my son's keep on board ship!"...I threw down my pen saying, "Bah! I shall have forgotten the symphony tomorrow." But the following night the obstinate symphony again presented itself...'
- Berlioz writing about a nightmare he had during the 1850s

SHE WANTSY
job >3
grand piano <3
happiness

SCREAM;TALKY

(where to get one)

EXITSY
Me@Multiply. Pics!
10Joules
Aiori
Alan Yap
Andrew
Avril
BenLo
Chareli
Darell
Evon
Hillary
Howard
Jian Wei
Joan
JieSin
Katrine
KC
Kenneth
Kenny
kpchen
LimZhi
ls
MeiYan
NamZ
Nana Banana
Pei Ying
QiaoWen
rara
RuXing
Rheyza
Seoh Thin
SzeChing
whta
XinHua
Yvonne
ZeeHao


CREDITSY
Designer: xo
Image: shinylibra94