<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6377334?origin\x3dhttps://kagome-chan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Music
Friday, November 05, 2004 ' 8:26 PM Y
& your soul is all i ever wanted
Program Latihan Khidmat Negara - Berformat Perbahasan

Sekalung terima kasih saya hulurkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, salam sejahtera dan salam perdebatan khas saya tujukan kepada barisan hakim yang arif dalam menegakkan panji-panji keadilan, saudara penjaga masa yang begitu setia dengan kejituan masanya, barisan pendidik yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu, barisan pembangkang yang saya hormati, dan tidak ketinggalan sidang hadirin sekalian.

Berdirinya saya pada pagi yang indah ini, bukan untuk bergaya, tetapi dengan satu tujuan, iaitu untuk menyokong dengan sepenuh hati tajuk perbahasan pada pagi ini yang berbunyi, " Program Latihan Khidmat Negara Lebih Banyak membawa Faedah berbanding Keburukan." Sebelum itu, terimalah serangkap pantun daripada saya.

Dalam medan pertarungan,
Kebenaran bersinar bagaikan intan,
Pendirian teguh telah ditetapkan,
Pendebatan hebat saya janjikan.

Walau apapun, saya dan rakan-rakan saya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tetap dengan pendirian kami, bahawa Program Latihan Khidmat Negara, atau PLKN sememangnya membawa lebih banyak faedah daripada keburukan.

Sebelum mengorak langkah, sebelum hujah mencorak wajah, izinkan saya mengupas definisi perbahasan kita pada pagi ini. Seperti mana kita semua sudah maklum, Program Latihan Khidmat Negara merupakan suatu latihan fizikal ala ketenteraan merangkumi modul kenegaraan, modul pembinaan sahsiah dan modul khidmat komuniti yang diperkenalkan oleh kerajaan kita tahun ini untuk remaja yang lahir pada tahun 1986. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, perkataan 'faedah' bermaksud manfaat, manakala perkataan 'membawa' bermakna mendatangkan atau mengakibatkan. Perkataan 'keburukan' pula didefinisikan sebagai kelemahan atau kekurangan. Justeru, tajuk perbahasan hari ini bermaksud latihan ala ketenteraan untuk remaja berumur 18 tahun mendatangkan lebih banyak manfaat daripada kekurangan.

Sebagai Perdana Menteri bagi barisan pencadang, saya telahpun mendefinisikan tajuk perbahasan. Seterusnya, saya akan mengemukakan dua hujah untuk menyokong pendirian kita. Rakan saya, Ho Sook May akan meneruskan perjuangan kami dengan membangkang hujah-hujah saudara pembangkang pertama sebelum menjelaskan isi-isi lain yang akan mengukuhkan pendirian kami. Akhirnya, Hanum Maisarah sebagai ahli ketiga barisan pencadang akan menyanggah penghujah kedua barisan pembangkang sebelum merumuskan inti pati pendapat kami, sejurus mengukuhkan kebenaran pendirian kami, pihak pembangkang.

Warga dewan yang dihormati, dengan tidak melengahkan masa lagi, izinkan saya mengemukakan hujah pertama saya, iaitu.....










Cest MoiY
Xtine
Loves
Music

'I dreamt that I was composing a symphony....I had gone to my table to begin writing it down when I suddenly reflected: "If I write this part I shall let myself be carried on to write the rest. The natural tendency of my mind to expand the material is sure to make it very long...When the symphony is finished I shall be weak enough to allow my copyist to copy it out, and thus immediately incur a debt of 1,000 or 1,200 francs. Once the parts are copied I shall be harassed by the temptation to have the work performed; I shall give a concert in which, as is sure to be the case in these days, the receipts will barely cover half the expenses; I shall lose what I have not got; I shall want the necessaries of life for my poor invalid, and shall have no money for either myself or for my son's keep on board ship!"...I threw down my pen saying, "Bah! I shall have forgotten the symphony tomorrow." But the following night the obstinate symphony again presented itself...'
- Berlioz writing about a nightmare he had during the 1850s

SHE WANTSY
job >3
grand piano <3
happiness

SCREAM;TALKY

(where to get one)

EXITSY
Me@Multiply. Pics!
10Joules
Aiori
Alan Yap
Andrew
Avril
BenLo
Chareli
Darell
Evon
Hillary
Howard
Jian Wei
Joan
JieSin
Katrine
KC
Kenneth
Kenny
kpchen
LimZhi
ls
MeiYan
NamZ
Nana Banana
Pei Ying
QiaoWen
rara
RuXing
Rheyza
Seoh Thin
SzeChing
whta
XinHua
Yvonne
ZeeHao


CREDITSY
Designer: xo
Image: shinylibra94