<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6377334?origin\x3dhttps://kagome-chan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Music
Wednesday, October 20, 2004 ' 11:17 PM Y
& your soul is all i ever wanted
Punca Berlakunya Penyakit Berbahaya di Kalangan Rakyat dan Langkah-langkah Mengatasinya

Malaysia sudah melangkah masuk ke zaman moden, dan mengikuti arus perkembangan dunia dalam perkembangan ekonomi, teknologi dan infrastruktur. Rakyat kini menikmati pelbagai kemudahan hasil daripada pembangunan pesat negara, malah taraf hidup rakyat telah meningkat jika dibandingkan dengan zaman semasa tanah air baru mengecapi kemerdekaan. Namun begitu, masyarakat sering dilanda pelbagai penyakit berbahaya, dan keadaan ini boleh menjejaskan kesejahteraan sejagat. Persoalannya adalah, mengapakan wujudnya penyakit berbahaya meskipun negara telah maju dan taraf hidup telah meningkat?

Sebenarnya, kita sebagai manusia yang prihatin terhadap isu-isu kesihatan harus sedar bahawa penyakit kronik seperti barah, sakit jantung, hepatitis dan sebagainya adalah berpunca daripada gaya hidup kita yang tidak sihat. Peningkatan taraf hidup telah menyebabkan kita menjadi terlalu materialistik sehingga mengabaikan kesihatan mental dan fizikal. Amalan-amalan seperti sentiasa tidur lewat, minum minuman keras dan tabiat pemakanan yang tidak seimbang menjadi faktor penyumbang kepada punca-punca peningkatan penyakit berbahaya di kalangan masyarakat. Tekanan yang dialami kerana cara hidup yang terlalu sibuk juga menjadi salah satu punca penyakit berbahaya. Oleh itu, kita harus pertimbangkan, yang manakah lebih penting, kesihatan badan sendiri ataupun wang ringgit?

Di samping itu, penyakit-penyakit berbahaya juga wujud kerana kurang kesedaran atau pengetahuan di kalangan masyarakat. Terdapat pelbagai penyakit kronik yang mempunyai simptom awal yang sama seperti penyakit kurang berbahaya. Contohnya, virus SARS yang baru menggempar dunia beberapa bulan yang lalu mudah disalahtafsir sebagai penyakit influenza. Masyarakat juga kurang berpengetahuan tentang rawatan yang sedia ada serta bagaimana penyakit-penyakit tersebut boleh merebak. Mereka juga tidak menjalankan permeriksaan kesihatan untuk memastikan kesihatan tubuh badan. Kesannya, penyakit-penyakit berbahaya dapat merebak dengan mudah.

Akhirnya, punca ketiga penyakit kronik berleluasa di kalangan rakyat ialah rakyat sendiri tidak menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Misalnya, terdapat segelintir anggota masyarakat yang mengamalkan sikap acuh tidak acuh dan membuang sampah serta meludah di sekitar tempat. Virus, bakteria dan patogen memerlukan persekitaran tertentu untuk membiak dan memasuki badan manusia, dan persekitaran optimum untuk tujuan tersebut adalah persekitaran yang kotor. Pembawa-pembawa kuman seperti lalat, tikus dan lipas juga hidup di persekitaran yang kotor, contohnya longgokan sampah dan tebing sungai yang dipenuhi sampah. Pada hakikatnya, persekitaran yang menggalakkan kewujudan penyakit berbahaya disebabkan oleh manusia sendiri, maka hanya manusia yang mampu membetulkan keadaan tersebut.

Implikasi punca-punca penyakit kronik ialah kita sewajarnya mengambil langkah-langkah untuk mengatasi keadaan ini dengan serta-merta. Langkah pertama yang boleh diambil oleh pihak kementerian ialah menggiatkan kempen kesedaran di kalangan rakyat. Langkah ini penting kerana dapat mendidik orang ramai tentang penyakit-penyakit berbahaya, kesan-kesannya terhadap tubuh badan, simptom-simptomnya, bagaimana penyakit tersebut merebak, cara-cara mengelakkan sesuatu penyakit merebak dan juga rawatan untuk penyakit tersebut. Sehubungan itu, pengaruh media massa harus digunakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, contohnya melalui televisyen, radio dan surat khabar. Masyarakat yang mempunyai kesedaran merupakan masyarakat yang mampu mengatasi masalah yang semakin membimbangkan ini.

Langkah seterusnya untuk mengatasi punca penyakit-penyakit berbahaya ialah menguatkuasakan undang-undang, khususnya undang-undang yang berkaitan dengan kebersihan tempat awam. Tindakan yang tegas seperti denda yang tinggi dan hukuman penjara harus dipraktikkan agar orang ramai tidak akan mengotorkan persekitaran dan meninggalkan sikap acuh tidak acuh mereka. Sekiranya rakyat peka terhadap isu-isu kebersihan persekitaran, maka negara Malaysia akan menjadi negara yang lebih bersih dan bebas daripada ancaman penyakit yang disebabkan oleh persekitaran yang kotor. Setiap anggota masyarakat memainkan peranan dalam usaha-usaha menjaga kebersihan demi kesihatan masing-masing, sama ada tua atau muda, kaya atau kurang berada, tinggi atau rendah, kaum majoriti atau kaum minoriti, kita semua adalah rakyat Malaysia.

Secara tuntasnya, pihak yang mempunyai tanggungjawab terbesar dalam mengekang masalah penyakit berbahaya ini bukan lerajaan, tetapi rakyat sendiri. Kerajaan hanya mampu membantu mengatasi masalah ini, tetapi tanpa sokongan rakyat, usaha-usaha kerajaan tidak dapat dijayakan, bak kata pepatah Melayu, "Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi". Dengan usaha dan kerjasama semua pihak, masalah penyakit-penyakit berbahaya ini dapat diatasi, dan hal ini akan membawa pelbagai faedah, terutamanya kepada rakyat negara. Rakyat yang sihat menjadi asas kejayaan sesebuah negara, dan negara Malaysia tidak terkecuali daripada hakikat ini.







Cest MoiY
Xtine
Loves
Music

'I dreamt that I was composing a symphony....I had gone to my table to begin writing it down when I suddenly reflected: "If I write this part I shall let myself be carried on to write the rest. The natural tendency of my mind to expand the material is sure to make it very long...When the symphony is finished I shall be weak enough to allow my copyist to copy it out, and thus immediately incur a debt of 1,000 or 1,200 francs. Once the parts are copied I shall be harassed by the temptation to have the work performed; I shall give a concert in which, as is sure to be the case in these days, the receipts will barely cover half the expenses; I shall lose what I have not got; I shall want the necessaries of life for my poor invalid, and shall have no money for either myself or for my son's keep on board ship!"...I threw down my pen saying, "Bah! I shall have forgotten the symphony tomorrow." But the following night the obstinate symphony again presented itself...'
- Berlioz writing about a nightmare he had during the 1850s

SHE WANTSY
job >3
grand piano <3
happiness

SCREAM;TALKY

(where to get one)

EXITSY
Me@Multiply. Pics!
10Joules
Aiori
Alan Yap
Andrew
Avril
BenLo
Chareli
Darell
Evon
Hillary
Howard
Jian Wei
Joan
JieSin
Katrine
KC
Kenneth
Kenny
kpchen
LimZhi
ls
MeiYan
NamZ
Nana Banana
Pei Ying
QiaoWen
rara
RuXing
Rheyza
Seoh Thin
SzeChing
whta
XinHua
Yvonne
ZeeHao


CREDITSY
Designer: xo
Image: shinylibra94