<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6377334?origin\x3dhttps://kagome-chan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Music
Monday, October 25, 2004 ' 8:27 PM Y
& your soul is all i ever wanted
Bincangkan kesan-kesan negatif sebagai akibat amalan merokok

Negara kita telah melangkah masuk ke dalam suatu era baru, iaitu era Teknologi Maklumat. Malaysia kini mempunyai seorang pemimpin baru, Perdana Menteri kelima Dato' Seri Abdullah Badawi yang telah mengambil alih pucuk kepimpinan negara pada 1 Oktober 2003. Antara perkara terawal yang dilaksanakan oleh beliau adalah melancarkan kempen 'Tak Nak', iaitu suatu kempen anti-merokok yang ditujukan khas kepada belia negara. Pegawai-pegawai dan ahli pasukan tentera juga telah digalakkan supaya membuang tabiat merokok. Di Singapura, poster yang menunjukkan kesan-kesan amalan merokok terhadap tubuh badan jelas dipaparkan di tempat-tempat yang menjual rokok. Ya, amalan merokok ditentang hebat oleh pihak kerajaan, kerana amalan ini mendatangkan pelbagai kesan negatif.

Dari segi kesihatan, merokok memang berbahaya. Satu batang rokok mengandungi pelbagai bahan beracun seperti arsenik, yang juga digunakan sebagai racun tikus; aseton, iaitu pembersih varnis kuku wanita, dan tar, yang merupakan antara bahan binaan jalan raya. Jikalau satu batang rokok mengandungi begitu banyak bahan beracun, tidak hairanlah bahawa asap rokok menjadi punca pelbagai penyakit seperti barah paru-paru, batuk dan asma. Kajian telah menunjukkan bahawa lebih kurang 70% kematian yang disebabkan oleh barah pari-paru berpunca daripada amalan merokok. Fakta-faktanya jelas dipaparkan, amalan merokok merupakan ancaman terhadap kesihatan.

Sekiranya kita melihat amalan merokok dari aspek sosial pula kita mendapati bahawa pelbagai kesan negatif juga berpunca daripada amalan ini. Seseorang remaja yang merokok akan cenderung terlibat dalam pelbagai gejala sosial seperti ponteng sekolah, melepak dan perlakuan bohsia. Perkara-perkara ini akan menyebabkan prestasi pelajaran mereka jatuh, dan masa hadapan mereka terjejas. Mereka akan dipandang rendah sebagai sampah masyarakat oleh orang ramai dan tidak membawa sebarang faedah kepada masyarakat, diri sendiri mahupun negara. Lebih membimbangkan lagi, mereka yang merokok mudah terpengaruh untuk mengambil dadah, dan ini akan membawa kepada pelbagai kesan yang lebig buruk. Penagih rokok juga sanggup melakukan apa jua untuk mendapatkan rokok, termasuk melakukan jenayah seperti mencuri dan memecah masuk rumah orang lain. Masa hadapan seseorang individu boleh musnah dengan hanya tertagih kepada amalan merokok.

Amalan merokok juga membawa kesan negatif dari sudut ekonomi. Malaysia adalah sebuah negara yang terpaksa mengimport rokok, kerana tidak menghasilkan rokok sendiri. Pengimportan rokok oleh negara memakan perbelanjaan yang besar, dan mata wang Ringgit pula disalurkan ke luar negara. Secara tuntasnya, membeli rokok untuk menampung keperluan perokok di Malaysia hanya merugikan negara. Pada peringkat individu pula, amalan merokok membazir duit individu itu, kerana harga rorkok agak mahal. Wang itu lebih baik disimpan untuk membeli barang yang membawa manfaat kepada diri kita. Kita juga perlu ingat bahawa pihak kerajaan perlu berbelanja banyak duit untuk menghalang pihak yang cuba menyeludup rokok masuk ke dalam negara kita, demi mengelakkan daripada perlu membayar cukai import. Adakah kita dapat menafikan lagi hakikat bahawa amalan merokok membazir duit, umpama membakar duit sendiri?

Kita perlu ingat bahawa amalan merokok tidak membawa kerugian kepada diri sahaja, tetapi juga kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Sebenarnya, seorang yang menghisap rokok menghadapi risiko menghidapi barah paru-paru yang lebih rendah berbanding individu yang berdiri sebelahnya ketika orang itu menghisap rokok. Hal ini kerana seorang perokok menghisap asap rokok melalui penapis, manakala orang di sebelahnya menghidu asap rokok terus ke dalam sistem pernafasannya. Oleh itu, seorang perokok yang berkeluarga patut merenung seketika, "Adakah saya sedang merbahayakan kesihatan keluarga saya dengan amalan ini?". Selain itu, seorang wanita yang hamil tidak digalakkan merokok, kerana itu akan menyebabkan bayi di dalam kandungannya lahir terenceat akal, atau paling tidak, lahir dengan sistem keimunan yang lemah.

Alam sekitar tidak terlepas dari kesan-kesan negatif amalan merokok. Asap rokok tergolong bersama asap kilang dan asap kenderaan sebagai punca pencemaran udara di dunia kita. Asap rokok yang sampai ke lapisan-lapisan atmosfera di mana awan tebentuk akan larut di dalam air hujan menghasilkan hujan asid. Hujan asid ynag turun ke Bumi membunuh pelbagai flora dan mengubah pH air sehingga hidupan akuatik turut terjejas. Puntung-puntung rokok yang dibuang merata tempat pula memburukkan dan mengotorkan persekitaran kita. Selain itu, puntung rokok yang masih berbara dan tidak dibuang dengan betul mampu mengakibatkan kebakaran.

Natijahnya, amalan merokok memang membawa pelbagai kesan negatif, malah tidak membawa sebarang kebaikan. Kesan-kesan negatif ini mengancam kesejahteraan sosial, perkembangan ekonomi, kesihatan, alam sekeliling dan keselamatan kita. Imej kita juga terjejas akibat amalan tidak sihat itni. Kita harus renungkan, bahawa Jacklyn Kennedy, isteri salah seorang presiden Amerika Syarikat yang terkenal tidak membenarkan sebarang gambar yang menunjukkan beliau sedang merokok disiarkan melalui media. Mengapakah beliau bertindak sedemikian? Perkara ini menunjukkan bahawa amalan merokok bukan sahaja mampu menjatuhkan imej seorang individu, tetapi juga imej sesebuah negara. Sebagai akhir kata, kita perlu membanteras amalan merokok sehingga ke akar unbi, kerana amalan ini ibarat api di dalam sekam, yang merbahaya tetapi tidak kelihatan. Apakah pilihan rakyat Malaysia?







Cest MoiY
Xtine
Loves
Music

'I dreamt that I was composing a symphony....I had gone to my table to begin writing it down when I suddenly reflected: "If I write this part I shall let myself be carried on to write the rest. The natural tendency of my mind to expand the material is sure to make it very long...When the symphony is finished I shall be weak enough to allow my copyist to copy it out, and thus immediately incur a debt of 1,000 or 1,200 francs. Once the parts are copied I shall be harassed by the temptation to have the work performed; I shall give a concert in which, as is sure to be the case in these days, the receipts will barely cover half the expenses; I shall lose what I have not got; I shall want the necessaries of life for my poor invalid, and shall have no money for either myself or for my son's keep on board ship!"...I threw down my pen saying, "Bah! I shall have forgotten the symphony tomorrow." But the following night the obstinate symphony again presented itself...'
- Berlioz writing about a nightmare he had during the 1850s

SHE WANTSY
job >3
grand piano <3
happiness

SCREAM;TALKY

(where to get one)

EXITSY
Me@Multiply. Pics!
10Joules
Aiori
Alan Yap
Andrew
Avril
BenLo
Chareli
Darell
Evon
Hillary
Howard
Jian Wei
Joan
JieSin
Katrine
KC
Kenneth
Kenny
kpchen
LimZhi
ls
MeiYan
NamZ
Nana Banana
Pei Ying
QiaoWen
rara
RuXing
Rheyza
Seoh Thin
SzeChing
whta
XinHua
Yvonne
ZeeHao


CREDITSY
Designer: xo
Image: shinylibra94